Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan yang melambangkan budaya kita. Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar sistem pendidikan telah termaktub di dalam perlembagaan. Bahasa Melayu sejak dari dahulu lagi telah digunakan sebagai bahasa pertuturan yang digunakan untuk membuat perhubungan sesama kita. Didalam sistem pendidikan, kedudukan Bahasa Melayu amat tinggi dimana sekiranya anda gagal di dalam peperiksaan Bahasa Melayu secara automatiknya anda gagal. Sebagai warganegara yang tinggal di Malaysia di mana Bahasa Melayu adalah sebagai bahasa kebangsaan, anda perlu mengeuasai Bahasa Melayu dengan baik. Di blog ini saya cuba untuk berkongsi dengan anda bagaimana untuk menguasai kertas PMR Bahasa Melayu dengan baik supaya anda boleh mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan PMR nanti.